Home » Langit Terbuka » Speaker Dewan Rakyat ke-9 berpengalaman luas dalam undang-undang

Speaker Dewan Rakyat ke-9 berpengalaman luas dalam undang-undang

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof

KUALA LUMPUR – Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan adalah seorang yang mahir dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.

Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.

Bapa kepada lima cahaya mata ini meninggalkan dunia akademik pada 1986 untuk berkecimpung dalam pengamalan undang-undang sebagai peguam dan peguambela, yang beliau juga seorang daripada rakan pengasas Cheang & Ariff.

Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.

Semasa penglibatannya dalam dunia perdagangan, Mohamad Ariff juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bursa Opsyen dan Pasaran Hadapan (1995-1996); anggota Jawatankuasa Kajian Semula Penarafan (RRC), Malaysian Rating Agency (MARC) (sehingga 2008) dan anggota Lembaga Penasihat Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2007-2008). – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1480504

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *