Home » Citra Yadim » Sukarelawan Al Falah anjur bicara Maal Hijrah

Sukarelawan Al Falah anjur bicara Maal Hijrah

RAWANG – Sukarelawan Al Falah (SAF) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan sebuah badan yang cukup pelbagai kebolehannya. Terbaru, pasukan ini telah mengadakan satu ceramah khas sempena sambutan Maal Hijrah 1440H.

Bertempat di Surau Al Ameen Taman Kancing Jaya di sini, ceramah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SAF Malaysia, Ustaz Abd Latif Mohd Yunos pada 1 Muharram lalu.

 

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat YADIM Tuan Shahrizal Mat.

Menurutnya, inilah keistimewaan SAF, selain melakukan khidmat sosial, SAF juga mampu mengadakan sesi pengisian ilmu.

“Ia dapat dilaksanakan kerana ahli SAF terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti ahli akademi, ahli perubatan, golongan profesional, masyarakat desa dan masyarakat bandar,” katanya.

Abdul Latif pula menambah, SAF sentiasa menitikberatkan pengisian ilmu dalam pembinaan persefahaman, kerjasama dan kasih sayang sesama ahlinya.

“SAF juga sentiasa meningkatkan kualiti programnya mengikut keperluan situasi semasa,” ujarnya lagi.

Selain ceramah, Mesyuarat Pemantapan Pasukan SAF Kampung Melayu Batu 16 Rawang, dijalankan seusai ceramah tamat.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *