Home » Citra Yadim » Sumbangan Ramadan kepada asnaf

Sumbangan Ramadan kepada asnaf

 

 

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan komitmen untuk membantu golongan kurang bernasib baik dengan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf bersempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat (BKKM) YADIM, Shahrizal Mat berkata, bantuan yang diberikan itu adalah program tahunan yang dilaksanakan oleh YADIM bagi mengurangkan beban golongan tidak berkemampuan terutama menjelang musim perayaan ini.

“Sememangnya, setiap bulan Ramadan, YADIM akan menyampaikan sedikit bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan ini dengan harapan bantuan yang disampaikan itu mampu mengurangkan sedikit beban mereka, apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“Sememangnya, Ramada adalah bulan yang  dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat, maka rebutlah peluang yang ada selagi masih menikmati Ramadan” katanya.

Beliau berkata, untuk tujuan itu program Iftar Ramadhan dan Sumbangan Sukarelawan Al Falah Segambut dan BKMM telah diadakan bertempat di PPR Intan Baiduri Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam program berkenaan, seramai 20 asnaf telah menerima sumbangan Ramadan berupa barangan keperluan asas seperti beras.

“Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini boleh membantu penerima dan ahli keluarga masing-masing, menjalani ibadah Ramadan dengan lebih gembira,’’ katanya.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan Pesuruhjaya Sukarelawan Al-Falah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ahmad Anuar Yaman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *