Home » Muamalah » Takaful Ikhlas raih Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara

Takaful Ikhlas raih Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Ab Latiff Abu Bakar.

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB), meraih Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara bagi kategori Penyedia Takaful Am Terbaik anjuran CPI Financial baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata anugerah itu merupakan kejayaan penting bagi syarikat yang telah beroperasi selama hampir 15 tahun.

“Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha bersama warga kerja, ejen dan rakan kongsi perniagaan Takaful IKHLAS.

“Usaha mereka yang berterusan serta pelaksanaan strategi utama kami telah menggerakkan Takaful Ikhlas dalam menyediakan perlindungan kepada lebih dua juta pemegang polisi, terdiri daripada individu dan syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takaful IKHLAS menawarkan pilihan produk bagi kenderaan dan bukan kenderaan di bawah portfolio takaful am, termasuk pelan menyeluruh untuk perlindungan kenderaan, bangunan dan aset lain.– BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *