Home » Citra Yadim » Tazkirah Hijrah di Radio Keningau FM

Tazkirah Hijrah di Radio Keningau FM

KENINGAU – Sesuai dengan semangat Maal Hijrah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah hari ini (14 September) bersiaran dalam Slot Khas Tazkirah Hijrah, di Keningau FM secara langsung.

Tazkirah itu disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar. Turut bersamanya ialah Pengarah Yadim Zon Sabah,Tuan Haji Samin Ongki.

Keningau FM, menerusi Radio televisyen Malaysia (RTM) adalah rakan strategik YADIM dan sentiasa memberikan peluang untuk menjalankan misi perluasan dakwahnya dalam melahirkan “Khaira Ummah”

YADIM mengucapkan terima kasih kepada RTM Sabah dan Datuk Mufti Sabah kerana sentiasa bekerjasama menjayakan aktiviti YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *