Home » Langit Terbuka » Tragedi menjelang pilihan raya

Tragedi menjelang pilihan raya

Pasukan penyiasat sedang memeriksa kawasan serangan bom. Foto : USA TODAY

KABUL – Sekurang-Kurangnya 31 maut dan puluhan lagi cedera apabila pengebom nekad meletupkan diri di luar pusat pendaftaran pengundi di ibu kota Afghanistan hari ini, kata Kementerian Kesihatan, dalam serangan terbaru terhadap persiapan pilihan raya.

Serangan menggariskan kebimbangan memuncak mengenai keselamatan menjelang pilihan raya perundangan dijadualkan pada 20 Oktober ini, yang dilihat sebagai ujian kepada pilihan raya presiden tahun depan.

“Ia berlaku di pintu masuk pusat itu. Ia adalah serangan nekad,” kata Ketua Polis Kabul, Dawood Amin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahid Majroh, berkata 31 maut dan 54 cedera.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish, berkata angka kematian sembilan dan 56 cedera.

Pegawai Afghanistan kerap memberikan angka berbeza susulan serangan dan kerap mengurangkan jumlah.

Pusat itu terletak di kawasan kejiranan Syiah di barat negara itu yang juga digunakan penduduk untuk berdaftar mendapatkan sijil pengenalan, yang diperlukan untuk mengundi.

Rakaman di Ariana TV menunjukkan takungan darah dan kaca yang bertaburan di atas jalan raya.

Penduduk yang marah menjeritkan ‘Mati Kerajaan’ dan ‘Mati Taliban’. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *