Home » Langit Terbuka » UFO misteri di ruang udara Khartoum

UFO misteri di ruang udara Khartoum

Objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dikesan di ruang udara ibu negara Sudan pada Isnin lalu.  FOTO : al-Arabiya

KHARTOUM 13 Jan. – Objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dikesan di ruang udara ibu negara Sudan pada Isnin lalu.

Menurut beberapa saksi, objek berkilau dengan cahaya hijau itu dikesan pada jam 3.15 pagi (waktu tempatan).

Tentera dalam satu kenyataan turut mengesahkan kehadiran UFO tersebut yang dipercayai sebuah satelit.

“Pangkalan kami di Omdurman menerima maklumat tentang kehadiran objek yang terbang rendah di zon tentera Wadi Sayidna. Hasil pemeriksaan kami mendapati ia adalah kenderaan peninjauan fotografi,” jelasnya.

Sementara itu, saintis Belanda, Dr Marco Langbroek memberitahu, UFO terbabit dipercayai adalah satelit Zuma milik Amerika Syarikat yang dilaporkan gagal mencapai orbit dan jatuh di Lautan Hindi selepas dilancarkan pada Ahad lalu. – al-Arabiya

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *