Home » Langit Terbuka » Usah usik institusi diraja, hak istimewa orang Melayu

Usah usik institusi diraja, hak istimewa orang Melayu

Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah, walaupun dilakukan atas dasar liberalisme, keterbukaan serta kebebasan bersuara, namun perlembagaan sedia ada perlulah dihormati dan diberi keutamaan

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini mahu agar unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak diusik bagi memastikan keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan.

Baginda bertitah ia termasuklah kewujudan institusi diraja, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.

“Beta perhatikan sejak akhir-akhir ini wujud kecenderungan untuk mengganggu gugat perpaduan kita. Isu nostalgia bangsa, sensitiviti kaum, agama dan kepercayaan ditimbulkan secara sengaja,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.

Baginda bertitah walaupun dilakukan atas dasar liberalisme, keterbukaan serta kebebasan bersuara, namun perlembagaan sedia ada perlulah dihormati dan diberi keutamaan.

“Permuafakatan telah pun dimeterai kemas dan kemudian telah membentuk kandungan perlembagaan kita. Pakatan murni yang dipersetujui adalah cerminan sikap tolak ansur pribumi terhadap pelbagai kaum yang lain dan telah diterima sebagai sebuah kontrak sosial,” titahnya.

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/usah-usik-institusi-diraja-hak-istimewa-orang-melayu-sultan-kedah-1.728034

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *