Home » Langit Terbuka » Ustaz Arab fasih loghat Besut

Ustaz Arab fasih loghat Besut

Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazam

BESUT- Nama seorang pendakwah lelaki berasal dari Damsyik, Syria,  Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazam, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mohib tidaklah popular seperti nama Mat Dan lelaki Inggeri fasih loghat Terengganu.

Namun di kalangan ‘kaki masjid’ di daerah ini  dan beberapa negeri lain, nama beliau tidak asing lagi malah menjadi sebutan malah  kehadirannya menyampaikan kuliah agama sentiasa dinantikan.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Usuluddin dari Universiti Al Bayt, Mafraq, Jordan ini menarik perhantian ramai kerana beliau mahir bertutur dalam loghat Besut dan ceramah agamanya sering diselitkan dengan unsur jenaka.

Menurut Mohib, beliau mula mempelajari dan mendalami Bahasa Melayu bermula loghat Kelantan ketika belajar di Jordan lagi apabila sering bergaul dengan pelajar Malaysia dari Kelantan yang belajar di sini.

“Saya cepat menguasai loghat Kelantan kerana hubungan saya dengan pelajar Malaysia (Kelantan) sangat rapat malah saya sering ke rumah sewa mereka ketika di Jordan,” katanya.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu Tumbuh dekat Kampung Raja, di sini, berkata lagi, kebolehannya bertutur loghat Kelantan semakin baik apabila beliau mengenali seorang lagi pelajar perempuan  Malaysia berasal dari Kampung Bukit Puteri, Besut bernama Nor Majidah Md Saufi pada tahun 1997 di universiti sama.

Boleh bertutur loghat Kelantan kerana Nor Majidah

Katanya, Nor Majidah yang kini berusia 39 tahun, seorang guru agama di sebuah sekolah rendah di Jabi merupakan isteri tercinta yang dinikahi pada tahun 2001.

Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun, pasangan itu kini telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Menurutnya, anak sulung Sumayyah, 16, diikuti Safiyyah, 13, masing-masing sedang belajar di Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMAK) Nurul Ittifaq, Kuala Besut dan anak ketiganya  lelaki bernama Miqdad, 5, serta anak bongsu, Salsabil, 1 tahun sebulan.

“Tapi sebeluam dapat kahwin,saya berdepan cabaran apabila ketika kali pertama datang Malaysia untuk meminang isteri saya pada tahun 2000, hasrat saya ditolak  baka  isteri saya, Md Saufi Idris kerana dia bimbang anaknya berkahwin dengan orang asing.

“Saya tidak putus asa lalu datang lagi ke Malaysia (Besut) setahun kemudian (2001) dan saya berjaya menyakinkan bapa mertua saya menyebabkan dia bersetuju saya menjadi menantunya dan kami pun berkahwin,” katanya.

Mohib berkata, selepas menamatkan pengajian pada tahun 2000 dan berkahwin setahun kemudian , beliau berpindah tinggal di negara ini.

Menurutnya, apabila tinggal bersama, kemahirannya bertutur loghat Besut semakin baik malah amat menggemari makanan tradiosional Melayu iaitu nasi kerabu dan makanan lain

“Loghat Besut dan Kelantan hampir sama  namun bagi saya ada juga sedikit perbezaan.

“Saya  amat gembira tinggal di Malaysia kerana  dapat hidup dalam masyarakat  bertolenrasi dengan pelbagai bangsa dan rumpun hidup aman damai serta dapat menerima orang baru.

“Berbeza dengan negara asal saya apabila keadaan negara yang bergolak sejak dulu lagi menyebabkan keluarga saya terpaksa berhijrah ke Jordan pada tahun 1982 lagi sebelum berhijrah ke Sweden pada tahun 1999.

Mohib berkata lagi, sejak tinggal di negara ini pelbagai pekerjaan telah dilakukannya seperti guru kelas tambahan di  Sekolah Menengah Imtiaz Besut ketika sekolah itu baru dibuka dahulu,  penyunting berita Bahasa Arab Bernama dan juruhebah radio.

Beliau pernah juga bekerja di kedutaan  Kuwait dan Oman di Kuala Lumpur sebelum menumpukan kepada bidang dakwah secara sepenuhnya masa hingga sekarang.

“Syukur saya dijemput menjadi penceramah di lebih sepuluh buah masjid di daerah Besut dan tempat lain termasuk di Kelantan dan  Wilayah Persekutuan,” katanya yang memperolehi tauliah berceramah di masjid oleh penguasa agama negeri Terengganu, Kelantan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Fasih loghat tempatan mudahkannya berdakwah

Kebolehannya yang fasih  loghat tempatan memudahkan lagi beliau menyampaikan dakwah di samping alunan bacaan al Quran yang indah di samping boleh menyanyi beberapa lagu popular Melayu.

Di sisi keluarga tercinta iaitu isteri anak sulungnya, Sumayyah (kanan), Safiyyah (kiri), Miqdad (dua kiri) dan Salsabil di rumah mereka di Kampung Batu Tumbuh.

Mohib berkata, cita-cita beliau adalah untuk mengekalkan kesederhaan yang diamalkan masyarakat Malaysia iaitu apabila setiap bangsa bebas mengamalkan agama masing-masing  tanpa ada sebarang masalah.

“Saya juga bercita-cita terus menyumbang kepada dakwah untuk mewujudkan negara ini agar terus kekal aman dan damai  selain menjaga anak muda agar menjauhi dadah  kerana saya nampak dadah antara yang mengganggu negara dan ia paling saya takut,” katanya.

Beliau yang memperolehi taraf permastautin tetap pada 2004 kini bahagia dengan keluargan dan berharap suatu hari nanti akan menjadi rakyat Malaysia. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *