Home » Resensi » Wanita Dan Keluarga Islam

Wanita Dan Keluarga Islam

Buku ini boleh dijadikan asas pengajaran Islam kepada semua golongan wanita, ia mengandungi ilmu fardu ain yang mudah difahami serta memberi panduan kepada wanita-wanita dalam mengamalkan hukum hakam Islam.

Judul Buku:  Panduan Hidup Wanita Dan Keluarga Islam

Penulis: Saodah Abd. Rahman

Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Sebuah buku yang mengetengahkan persoalan yang berlaku di dalam kehidupan muslimah dan permasalahan yang bersangkutan dengan isu-isu semasa seperti masalah perceraian, perkahwinan, kebersihan dan pelbagai isu yang berkaitan dengan kesejahteraan ummah.

Masalah-masalah yang berlaku ini sekiranya tidak dikendalikan dengan betul, akan memesongkan wanita Islam kerana agama Islam merupakan satu agama yang menganjur kepada kebaikan di dunia dan juga di akhirat serta sentiasa memartabatkan kaum wanita.

Oleh itu, adalah sesuatu yang membimbangkan sekiranya tidak diberikan kesedaran dan maklumat yang jelas kepada wanita Islam yang kurang prihatin terhadap peraturan Islam dan sentiasa merasakan bahawa agama ialah perkara yang berkaitan dengan ritual sahaja.

Buku ini boleh dijadikan asas pengajaran Islam kepada semua golongan wanita, ia mengandungi ilmu fardu ain yang mudah difahami serta memberi panduan kepada wanita-wanita dalam mengamalkan hukum hakam Islam.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang lengkap dan praktikal. Islam bukan sahaja mengajar manusia untuk beribadat kepada Allah, bergaul dengan masyarakat tetapi juga mendidik dan melatih manusia bagaimana hendak membentuk keperibadian yang sempurna.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *