Home » Citra Yadim » YADIM beri sumbangan kepada pusat tahfiz

YADIM beri sumbangan kepada pusat tahfiz

sumbangan tahfiz sumbangan tahfiz (1)

PUTRAJAYA 9 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 6 Oktober lalu telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur yang terlibat dalam tragedi kebakaran sehingga mengorbankan 23 pelajarnya pada 14 September lalu.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzaman kepada Naib Mudir Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Azhari Mahmood.

Beliau berkata,  sumbangan berkenaan disampaikan kerana YADIM amat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada pusat tahfiz itu dan menasihatkan agar warga pusat berkenaan mengambil berat tentang langkah-langkah keselamatan.

“YADIM ingin mencadangkan kepada pusat-pusat tahfiz seluruh Malaysia supaya mewujudkan hubungan dengan pihak berkuasa dan bertemu dengan mereka untuk mendapatkan pendedahan tentang langkah-langkah untuk menghadapi kecemasan.

“Banyak yang perlu dipelajari terutama dalam aspek keselamatan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka.

`Justeru, YADIM berharap agar satu modul khas berkaitan dengan keselamatan dapat dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran supaya aspek keselamatan dititikberatkan,’’ katanya.

Beliau berkata, susulan daripada itu, YADIM juga akan menggerakkan aktiviti- aktiviti yang berteraskan dakwah khusus dalam pembangunan karakter belia bagi pembentukan jati diri yang seimbang , selepas mengambil kira faktor kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *