Home » Citra Yadim » YADIM berkampung di Kuala Kangsar

YADIM berkampung di Kuala Kangsar

SUNGAI PETANI 30 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak telah mengadakan program Gerak Mesra YADIM Bersama Masyarakat Peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 17 dan 18 November lalu.
Pengerusi Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program dua hari itu telah diisi dengan pelbagai acara seperti Wacana Pemantapan Aqidah, ziarah kasih ke Hospital Daerah Kuala Kangsar, street dakwah, Ceramah Perdana dan program motivasi kepada para pelajar sekolah.
“Terdapat lima program sepanjang kami berkampung di Kuala Kangsar ini dengan program-program yang diatur cuba mencakupi banyak perkara terutama berkaitan akidah dan motivasi pelajar,’’ katanya.
Beliau berkata, Wacana Pemantapan Aqidah telah mengetengahkan penceramah bebas, Ustaz Abdullah Din sebagai penceramah dan beliau telah memberi kupasan mengenai isu-isu akidah yang melanda umat Islam hari ini dengan begitu banyak fahaman mula meresap ke dalam masyarakat.
Katanya, program berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti ahli-ahli jawatankuasa masjid dan guru.
Menurutnya, pihak urus setia juga telah mengadakan program ziarah kasih ke Hospital Daerah Kuala Kangsar bagi mendekati para pesakit serta memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
“Antara akitviti yang diadakan semasa ziarah itu adalah memberi sumbangan serta beramah mesra dengan pesakit sambil memberi sedikit sebanyak kata perangsang dan tips-tips ibadat sewaktu sakit,’’ katanya.
Beliau berkata, pada sebelah petang, telah diadakan street dakwah di sekitar Dataran Pesisir Kuala Kangsar yang sememangnya amat popular kepada golongan muda di bandar berkenaan untuk menghabiskan masa lapang mereka.
“Lokasi ini dipilih adalah kerana ia menjadi tempat tumpuan remaja dan program street dakwah ini sememangnya menyasarkan golongan berkenaan untuk didekati sambil para urus setia menyampaikan mesej-mesej dakwah,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *