Home » Citra Yadim » YADIM hargai kerjasama NGO Islam

YADIM hargai kerjasama NGO Islam

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa menghargai kerjasama dari semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam melaksanakan pelbagai program dakwah dan sebagainya, kata Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad.

Beliau berkata, persepakatan YADIM dan NGO Islam melalui Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) merupakan sesuatu yang penting terutama dalam membentuk perpaduan umai Islam di negara ini.

“YADIM sentiasa menghargai dan menghormati semua NGO Islam dan akan terus komited dengan tanggungjawab ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada para tetamu yang hadir pada Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO  Islam Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018/1439H di sini pada 11 Julai.

Majlis berkenaan dihadiri oleh kira-kira 700 tetamu yang terdiri daripada daripada pelbagai pihak termasuk NGO-NGO Islam yang bernaung di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) iaitu sebuah majlis yang ditubuhkan YADIM sebagai platform NGO Islam berbincang dan berkolaborasi.

Selain daripada NGO Islam, turut hadir adalah wakil-wakil dari rakan strategi YADIM seperti pemimpin masyarakat, badan korporat, agensi kerajaan, media massa dan sebagainya.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin NGO Islam yang hadir pada majlis berkenaan, menyatakan keyakinan mereka terhadap peranan YADIM dalam menyelaras badan-badan berkenaan khususnya dalam mendepani isu-isu semasa berkaitan umat Islam.

Kata mereka, YADIM telah memainkan peranannya dengan baik dan lancar serta bukan agensi yang partisan kepada mana-mana pihak.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah (PERKID), Masridzi Sat selaku berkata, YADIM telah menjalankan tanggungawabnya dengan baik di bawah pimpinan Dr.Yusri Mohamad, malah banyak isu-isu sosial yang timbul telah berjaya diharmonikan dengan cara yang mendamaikan.

Manakalan, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof. Dr. Taufiq Yap Tun Hin berkata,  sememangnya NGO Islam mampu mencetus penyatuan ummah dari pelbagai bangsa jika ada penyelarasan yang baik di antara semua pihak.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *