Home » Citra Yadim » YADIM konsisten bantu saudara kita

YADIM konsisten bantu saudara kita

ziarah dakwah sipitang ziarah dakwah sipitang (3) ziarah dakwah sipitang (4) ziarah dakwah sipitang (5)

KOTA KINABALU 14 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa komited dalam menyantuni saudara kita terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana golongan berkenaan  perlu diberi perhatian bukan sahaja dari segi pengajaran agama tetapi juga bantuan dari segi material.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, golongan saudara kita sememangnya sentiasa dahagakan ilmu agama kerana kedudukan rumah mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan guru-guru agama sukar untuk sampai dan menyampaikan ilmu.

“Justeru, program-program ziarah perlu diadakan dengan sekerap mungkin selain YADIM meletakkan daie-daie di beberapa kawasan bagi membolehkan penyampaian ilmu itu disampaikan dengan konsisten,’’ katanya.

Beliau berkata, oleh yang demikian, dalam perkembangan terbaru, pada 10 November lalu telah diadakan program Ziarah Dakwah Daerah Sipitang di Masjid Kampung Mengalong yang bertujuan untuk menyantuni saudara kita di Bahagian Pedalaman Sabah.

Katanya, antara aktiviti yang diadakan adalah seperti menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada saudara kita, ziarah rumah ke rumah, gotong royong memasak dan sukaneka yang melibatkan seluruh masyarakat tempatan sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

“Dalam program ini, kami juga sempat bersolat Jumaat dengan penduduk kampung dan khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan (Operasi) YADIM Zon Sabah, Ustaz Ramlee Daud.

Program ini adalah anjuran YADIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah,  Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia Sipitang dan Jawatankuasa Masjid Kampung Kuala Mengalong, Sipitang.

Dianggarkan seramai 1,200 orang penduduk telah hadir dalam program ini.

Turut diadakan sesi Santai Forum bertajuk “Andaiku Tahu” disampaikan oleh Ustaz Mohd Riduan Bidin, dari Ibu Pejabat Polis Beufort.

Majlis Perasmian Program di sempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri  Sindumin, Datuk Ahmad Bujang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *