Home » Citra Yadim » YADIM santuni masyarakat Orang Asli

YADIM santuni masyarakat Orang Asli

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah mengadakan program Ziarah Iman ke perkampungan masyarakat Orang Asli Gua Musang pada 26 Mei lalu, sebagai salah satu usaha mendampingi masyarakat berkenaan yang tinggal di pedalaman.

Pengarah YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, dalam program berkenaan delegasi YADIM telah mengadakan lawatan dan program di dua buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Hanir dan Kampung Lebir.

“Program ini sangat menarik kerana lokasi program yang jauh di pedalaman sehingga kami terpaksa bergerak seawal pukul  7 pagi menuju ke perkampungan Orang Asli Hanir, Pos Tuel, Gua Musang,’’ katanya.

 

 

 

Beliau berkata, perjalanan ke lokasi program berkenaan mengambil masa enam jam untuk sampai dan setibanya delegasi ke destinasi berkenaan, mereka telah diberikan sambutan yang meriah oleh para penduduk kampung.

“Sambutan yang diberikan sememangnya mengujakan, mereka sama-sama membantu menurunkan barang-barang dari kenderaan dan kelihatan begitu gembira menyambut kedatangan kami,’’ katanya.

Beliau berkata, di lokasi pertama ini, selain menziarahi dan beramah mesra, mereka juga mengadakan tazkirah ramadan, kuiz ibadah dan agihan sumbangan beras kepada 65 orang ketua isi rumah.

“Selepas tamat program di Kampung Orang Asli Hanir, delegasi  bergegas pula ke perkampungan Orang Asli Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, dengan perjalanan yang mengambil masa dua jam setengah dari  perkampungan Orang Asli Hanir,’’ katanya.

Beliau berkata, di Pasir Linggi, delegasi turut mengadakan pengisian program yang sama serta sumbangan beras kepada  85 orang ketua isi rumah.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *