Home » Citra Yadim » YADIM santuni warga emas

YADIM santuni warga emas

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan program  sempena `Sambutan Syawal Bersama Warga Emas Pusat Jagaan Al-Fikrah’ kata Pengarah Bahagian Pembangunan Ummah (BPU), Norhayati Azmi.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Kajang, Selangor baru-baru ini.

“Lawatan ini diadakan bertujuan membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan secara usaha sama untuk meraikan program “Sambutan Syawal Bersama Warga Emas Pusat Jagaan Al-Fikrah”.

Beliau berkata, perbincangan berkenaan telah berjalan dengan lancar dan turut melahirkan rasa kegembiraannya  di atas kesediaan pihak pengurusan pusat jagaan itu untuk menjalinkan kerjasama dengan YADIM.

Menurutnya, penglibatan YADIM dalam program itu adalah sebagai satu tanda keprihatinan YADIM dalam menyatuni golongan kurang bernasib baik dan warga tua dengan harapan majlis yang bakal diadakan itu mampu memberikan kegembiraan kepada mereka.

“Ramai di kalangan merreka di sini tiada waris dan hidup sebatang kara dan dengan sebab itu adalah penting untuk YADIM sebagai sebuah badan dakwah menyatuni golongan sedemikian’’, tambahnya lagi.

Menurutnya, YADIM sememangnya sebuah agensi yang menerima sebarang kerjasama dengan pihak lain demi menyatukan ummah.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *