Home » Citra Yadim » YADIM turut raikan sambutan Maal Hijrah Kebangsaan

YADIM turut raikan sambutan Maal Hijrah Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1440H/2018M yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak ketinggalan memeriahkannya apabila seramai 30 pegawai dan kakitangan hadir ke majlis sambutan berkenaan. Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad, Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan,Tuan Redhauddin Kamaruzaman serta Pengurus Besar Operasi, Ustaz Mohd Khairull Fuad Samsudin juga turun padang.

Redhauddin Kamaruzaman berkata, Ibrah peristiwa hijrah ini sangat penting dijadikan satu motivasi kepada semua insan untuk terus Berjaya, Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan caranya maka ikuti saja tanpa ragu-ragu.

Manakala Mohd Khairull Fuad pula berkata, Maal Hijrah hakikatnya mengambil iktibar penghijrahan Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang penuh dengan pengorbanan dan kisah luar biasa. Intipati inilah yang perlu diambil ibarahnya untuk menjadikan diri lebih berjaya.

“YADIM juga akan menggunakan tema sambutan kali ini, “Menyantuni Ummat Membawa Rahmat” dalam program program yang kami laksanakan. Tema ini mempunyai nilai-nilai yang sangat menarik untuk direalisasikan dalam setiap aktiviti anjuran YADIM.

“Sememangnya YADIM sebelum ini menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam dalam setiap programnya. Tema kali ini boleh digunakan untuk terus memantapkan YADIM pada masa akan datang,” ujarnya yang juga merupakan ketua kontinjen tahun ini.

Pegawai dan kakitangan YADIM turut mengalunkan qasidah dan selawat khas semasa berada di majlis yang dipimpin oleh dipimpin oleh Ustaz Fahmi Nahrawi dari Bahagian Kepimpinan Belia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *