Home » Citra Yadim » Yadim ziarahi keluarga Puan Maslinda Rahman

Yadim ziarahi keluarga Puan Maslinda Rahman

Diketuai En Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat (dua dari kanan), kakitangan YADIM turut menyampaikan sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban keluarga Puan Maslinda.

PAROI – Pegawai dan kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (6 Ogos) meneruskan kerja kerja lapangan dakwah mereka di sini apabila menziarahi keluarga Puan Maslinda Rahman.

Diketuai En Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat, kakitangan YADIM turut menyampaikan sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban keluarga Puan Maslinda.

Atas desakan hidup, Puan Maslinda amat memerlukan bantuan ramai. Selain memerlukan bantuan untuk menjaga anaknya, Nazaruddin, 11 yang menghidap Cerebral Palsy, beliau juga membesarkan dua lagi anaknya yang masih bersekolah. Walaupun ada menerima sedikit bantuan pendidikan, nyata ia tidak mencukupi.

Oleh kerana menjaga Nazarudin, Puan Maslinda tidak dapat bekerja dan hanya keluar rumah sekiranya benar benar perlu. Anaknya itu juga memerlukan bantuan makanan asas seperti susu harian yang tidak mencukupi. Nazaruddin juga bakal menjalani pembedahan untuk rawatan kakinya yang bengkak di Hospital Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Dalam pada itu, Ketua Unit Sosial, Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat YADIM, Ustaz Muzammil Musbah menyeru agar pihak – pihak yang prihatin untuk sama membantu sekurang- kurangnya menyumbang keperluan keluarga ini seperti susu, lampin pakai buang serta kewangan.

Pegawai dan kakitangan YADIM lain juga turut serta dalam ziarah ini antaranya ialah Ustaz Ariff Adzwan Ali, Ustaz Zuhaini Jelani dan Ustaz Redza.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *