Home » Citra Yadim » YADIM Zon Sabah sertai lawatan Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah

YADIM Zon Sabah sertai lawatan Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah pada 10 September telah menyertai satu ziarah ke Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini.
Ia bertujuan memberi penghargaan kepada ibu ibu dan meraikan kelahiran bayi pada 1 Muharram 1440H.

Lawatan yang memberi tumpuan kepada Wad Kenanga hospital berkenaan disertai oleh Y.A.Bhg Datin Seri Panglima Hajah Shuryani Binti Datuk Haji Shuaib, Yang Dipertua Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Sabah (Perwisa)isteri kepada YAB Ketua Menteri Sabah.

Dalam lawatan berkenaan, YADIM diwakili oleh Pengarah YADIM Zon Sabah, , YBrs. Haji Samin Haji Ongki, manakala tetamu kehormat yang lain termasuklah YBhg. Datin Hajah Faridah Binti Mohammad Isteri kepada Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Negeri Sabah, YBrs. Zuriah Binti Zulkifli Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), serta Dayang Kamariah Binti Ag. Yahya Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengarah hospital berkenaan, YBhg. Dr. Tan Bee Hwa hadir menyambut dan meraikan para pelawat.

Seramai tiga bayi lelaki dan dua bayi perempuan berjaya dilahirkan bermula waktu Maghrib hingga jam 9 malam, dan dijangkakan pada 11 September (1 Muharram 1440H), 20 lagi bayi Maal Hijrah bakal dilahirkan.

Lawatan ini selaras dengan hasrat YADIM untuk merelisasikan tema sambutan Maal Hijrah, “Menyantuni Ummat Membawa Rahmat”.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *