Home » Citra Yadim » YADIM Zon Selatan teruskan kolaburasi dengan Anjung Singgah

YADIM Zon Selatan teruskan kolaburasi dengan Anjung Singgah

JOHOR BHARU – YADIM Zon Selatan dan Anjung Singgah Johor Bharu pada 15 Ogos 2018 telah sama sama menjayakan program Celik Fardhu Ain Bersama Penghuni Anjung Singgah.

Pengarah YADIM Zon Selatan, Tuan Ammar Abdullah berkata,  berkata fokus program ini adalah untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada penghuni Anjung Singgah supaya mereka terus bersemangat bagi meneruskan kehidupan mereka.

“Ia selaras dengan misi YADIM yang komited melahirkan Khaira Ummah dengan kaedah bil hikmah maka kolabarasi ini mampu menjadikan impian kedua-dua pihak satu kenyataan” tambahnya.

Antara pengisian program adalah Slot Tazkirah “Tanggungjawab Sebagai Khalifah Di Muka Bumi” yang disampaikan oleh Ustaz Kamarul Akmal bin Abdul Karim.

Sejarah kerjasama YADIM Zon Selatan dan Anjung Singgah Johor Baharu dalam penganjuran program bukan baharu, malah telah lama berjalan. Ia bersesuaian dengan prinsip “Taawanu Alal Birri Wattaqwa”.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *