Home » Citra Yadim » Ziarah Prihatin : Dakwah kepada pesakit

Ziarah Prihatin : Dakwah kepada pesakit

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin ke Hospital Kelaboran baru-baru ini, bertujuan memberikan sumbangan kepada para pesakit serta menyampaikan risalah-risalah dakwah.

Pengarah YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, usaha yang diadakan itu adalah bagi mendekati para pesakit di hospital berkenaan sambil melaksanakan dakwah kepada mereka.

“Fokus ziarah ini adalah menyampaikan sedikit sumbangan makanan dan juga memberi penerangan berkaitan poster solat cara wudhu dan solat orang sakit.

“Ini amat penting bagi mereka yang sakit agar mereka tidak meninggalkan kewajipan walaupun ketika sakit dan sentiasa bersama Allah SWT serta sentiasa percaya bahawa hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi kesembuhan,’’ katanya.

Beliau berkata, menziarahi pesakit adalah tuntutan yang disebut oleh hadis Nabi Muhammad SAW kerana ia akan memberikan seribu hikmah dan mampu mengembirakan pesakit.

“Dalam kita sedang enak berbuka puasa bersama keluarga, jangan kita lupa saudara Islam kita yang diuji oleh Allah SWT pada bulan yang mulia ini.

“Iringilah ziarah pesakit ini dengan berdoa supaya mereka segera sembuh dan diberikan ketenangan,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *