Sukarelawan
Al-Falah ialah sebuah pasukan beruniform yang
berorientasikan kebajikan, keagamaan, disiplin
dan kesedaran kepada perjuangan untuk agama, bangsa
dan negara. Anggotanya terdiri daripada pelbagai
peringkat masyarakat yang berumur 15 tahun ke
atas. Demi meningkatkan daya kepimpinan, kemahiran,
kecerdasan, daya tahan fizikal dan mental serta
kefahaman mengenai ketamadunan Islam, para anggotanya
diberi latihan dan galakkan berdedikasi dan sentiasa
bersiap sedia untuk memberi khidmat kepada agama
dan kemanusiaan. Para peserta diberikan motivasi
dan galakan supaya menjalankan kerja-kerja kebajikan
dari semasa ke semasa. Dari segi kesedaran perjuangan
bangsa, mereka dilatih dengan kesedaran dan kemahiran
untuk membina jatidiri sebagai khairu ummah. |