PETA LAMAN  
 
 
 
 
 
MPWIM terdiri daripada gabungan kepakaran wanita Islam dalam pelbagai bidang. Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak ulama dan Qias adalah sebagai sumber panduan dan peringatan yangdilengkapi dengan ilmu dan teknik terkini untuk menentukan hala tuju dan strategi bagi menangani realiti dan pancaroba masa depan ummah. Misi MPWIM ialah memanfaatkan kuasa intelek dan jiwa raga wanita agar bersedia untuk bertindak.
OBJEKTIF
Menyatupadukan para intelek wanita dalam satu kesatuan pemikiran (wahdatul fikr) berasaskan al-Quran, al-Sunnah, ijmak ulama dan qias dilengkapi dengan ilmu dan teknik terkini.
 
Melahirkan idea-idea bernas untuk melaksanakan program yang dinamik dan berkesan.
 
Menyatupadukan badan-badan amal wanita di antara pertubuhan-pertubuhan wanita di bawah naungan YADIM.
 
Menghasilkan satu manhaj dan landasan pemikiran yang kukuh sebagai teras perjuangan wanita dan halatujunya.