PETA LAMAN  
 
 
 
 
     
 
 
NUIM ditubuhkan sebagai satu landasan bagi para intelektual, profesional, golongan agama dan mahasiswa/mahasiswi melahirkan idea-idea bernas hasil daripada buah fikiran, penyelidikan dan perbincangan mereka. Idea ini akan disumbangkan kepada masyarakat sebagai pemangkin kepada pembentukan minda yang progresif, quranik dan hadari dalam memahami Islam dan menghayatinya.
OBJEKTIF
Membangunkan minda masyarakat ke arah pembebasan daripada belenggu kemunduran dan kejumudan.
 
Menghasilkan penyelidikan bermutu untuk penyebaran pengetahuan ke arah pemantapan budaya ilmu dan pembentukan masyarakat progresif.
 
Mewujudkan hubungan positif di antara golongan intelektual dan ulama dengan golongan umara untuk pembangunan negara dan umat.
 
Menangani isu-isu semasa menerusi pendekatan berhikmah dan berlandaskan ilmu.
 
KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasaran adalah golongan ulama dan intelektual Islam tanahair, kakitangan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan, mahasiswa/I dari dalam dan luar negara serta masyarakat setempat.
AKTIVITI
(a) Multaqa Ulama dan Ilmuan Malaysia
Membincangkan isu-isu global terkini dan merumuskan idea-idea bernas mengenai Islam di Malaysia dan antarabangsa serta berusaha menyebarkannya kepada masyarakat
 
Mendapatkan permuafakatan bersama di kalangan peserta program yang terdiri daripada para ulama, ilmuan profesional, kakitangan kerajaan dan mahasiswa/siswi.
 
(b) Muzakarah Pengamatan Islam
Membuka perbincangan di kalangan para ulama dan ilmuan setempat untuk membanteras kegiatan dakyah fahaman / gaya hidup yang menyimpang daripada ajaran Islam.  
 
Menyebarkan dakwah dari perspektif Islam Hadari ke dalam masyarakat tempatan.