Aktiviti YADIM meliputi program kemasyarakatan dan penerbitan bahan-bahan dakwah. Skop Pendaftaran Sistem Pengurusan Kualiti adalah “Merekabentuk, membangunkan dan melaksanakan program keislaman dan produk dakwah yang berkualiti bagi memenuhi kehendak syarak dan pelanggan”.
Penerangan Mengenai Skop Pendaftaran
Program Keislaman
Menjalankan dan melaksanakan program-program keislaman dan kemasyarakatan seperti seminar, bengkel dan sebagainya melalui pembangunan modul dan penghasilan penyelidikan bagi tujuan penyampaian dakwah yang berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.
Penerbitan Bahan Dakwah
Menghasilkan bahan-bahan cetakan dan audio visual sebagai bahan dakwah untuk disampaikan kepada golongan masyarakat tertentu mengikut sasaran pelanggan.
Polisi Kualiti
YADIM bertanggungjawab dan komited untuk melaksanakan program keislaman, menghasilkan produk dan memberikan perkhidmatan berkualiti bagi menepati kehendak syarak dan pelanggan dengan merujuk piawaian MS ISO 9001:2000 serta penambahbaikan berterusan.
Dasar kualiti / polisi kualiti akan dikomunikasikan, difahami dan disemak bagi kesesuaian didalam Manual Kualiti.
Objektif Kualiti
Untuk mencapai misi, visi dan objektif tersebut, YADIM akan melaksanakan objektif kualiti berikut:
- Untuk memastikan aktiviti dan program dilaksanakan dengan baik. Semakan pengurusan akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Memastikan aktiviti yang telah disusun atur dilaksanakan mengikut bajet yang telah dirancang dan diluluskan setiap tahun.
- Memastikan aduan pelanggan mengenai perkhidmatan disemak dan dianalisis serta tindakan pembaikan dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
- Memastikan prosedur kerja dilaksanakan dengan berkesan. Untuk itu, audit kualiti dalaman diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Memastikan 80% pegawai dan kakitangan melaksanakan tugas dengan cekap menerusi kursus/latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
- Mencapai kepuasan pelanggan sekurang-kurangnya 70% melalui borang maklumbalas pelanggan yang diedar sekali setahun.
|