ENGLISH | ARABIC
 
 
 
 
MAIM merupakan satu badan di bawah YADIM yang keaggotaannya terdiri daripada wakil-wakil pertubuhan amal Islam. Tujuannya ialah untuk mengumpul, menyelaras, menyusun strategi dan menggerakkan pertubuhan amal Islam untuk membangunkan khairu ummah. YADIM menyediakan sebuah sekretariat kepada majlis ini yang akan mengurus dan melaksanakan keputusan-keputusan yang telah diputuskan majlis ini. Ia digerakkan atas kesedaran perlunya semua kekuatan dan keupayaan masyarakat Islam digembleng bagi menghadapi cabaran alaf baru. Tenaga ini akan lebih terarah dan berkesan jika dikumpulkan untuk melaksanakan sesuatu program khusus bagi pembangunan umat bagi alaf baru ini.

OBJEKTIF

Mengumpul, menyelaras, menyusun strategi dan menggerakkan pertubuhan amal Islam untuk pembangunan khairu ummah.
 
Mewujudkan kerjasama dan usahasama dikalangan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan amal Islami dibawah naungan YADIM.
 
Mewujudkan satu persefahaman dan fikrah yang kukuh di kalangan pemimpin organisasi dan pertubuhan.
 
Memberi latihan, kemahiran dan pendedahan mengenai agama Islam yang murni kepada pertubuhan amal Islam.
 
Berusaha memastikan kekuatan dan ketuanan umat di negara ini.
Membendung gajala perpecahan, kebejatan sosial dan perkembangan elemen-elemen negatif dalam masyarakat.
 
KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasaran bagi program-program MAIM adalah pertubuhan Islam bukan kerajaan termasuk badan-badan amal Islam, golongan ulama dan intelektual Islam, tokoh-tokoh politik tanah air, guru-guru agama serta imam-imam masjid seluruh pelosok tanahair. Tumpuan turut diberikan kepada kakitangan kerajaan, penuntut IPT dari dalam dan luar negara, pelajar-pelajar sekolah, saudara baru sehinggalah kepada golongan suri rumahtangga
AKTIVITI
(a) Muktamar Majlis Amal Islami
Mengumpul para pemimpin dan wakil-wakil pertubuhan amal Islam serta masjid-masjid dan maklumat mengenainya dalam satu perbincangan bagi menyelaraskan minda, strategi juga kegiatan pertubuhan amal Islam sebagai pemangkin pembangunan khairu ummah.
 
Mendapatkan permuafakatan dan pandangan-pandangan lain daripada badan amal setempat.
 
(b) Muzakarah Ihya
Menjadikan masjid sebagai pusat penjanaan dan sumber intelektual, dakwah dan kemasyarakatan di kalangan umat Islam serta meningkatkan pengurusan dan aktiviti-aktivitinya.
 
Membuka perbincangan di kalangan pentadbir-pentadbir dan pegawai-pegawai masjid setempat.
Membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dengan persekitaran dan hal ehwal semasa.
(c) Program Peningkatan Kepimpinan Amali
Melatih pegawai tertinggi pertubuhan-pertubuhan amal Islam dan masjid sebagai kakitangan yang proaktif yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan qariah.
 
Meningkatkan aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi di kalangan pemimpin-pemimpin badan amal Islam menerusi pembentukan minda yang dinamik juga pemahaman mengenai Islam Hadari.
 
(d) Khemah Amal Masyarakat ( KHIAM )
Menjalankan kegiatan sosial yang melibatkan pertubuhan amal Islam dengan penyertaan agensi kerajaan dan individu untuk membantu golongan miskin secara lebih berkesan.
 
Mempertemukan golongan miskin dengan dermawan menerusi program yang terancang.
Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli dalam mengatasi masalah masyarakat khususnya orang Islam.