|
MPWIM
terdiri daripada gabungan kepakaran wanita Islam
dalam pelbagai bidang. Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak
ulama dan Qias adalah sebagai sumber panduan dan
peringatan yangdilengkapi dengan ilmu dan teknik
terkini untuk menentukan hala tuju dan strategi
bagi menangani realiti dan pancaroba masa depan
ummah. Misi MPWIM ialah memanfaatkan kuasa intelek
dan jiwa raga wanita agar bersedia untuk bertindak. |
| OBJEKTIF |
 |
Menyatupadukan
para intelek wanita dalam satu kesatuan pemikiran
(wahdatul fikr) berasaskan al-Quran,
al-Sunnah, ijmak ulama dan qias dilengkapi dengan
ilmu dan teknik terkini. |
| |
 |
Melahirkan
idea-idea bernas untuk melaksanakan program yang
dinamik dan berkesan. |
| |
 |
Menyatupadukan
badan-badan amal wanita di antara pertubuhan-pertubuhan
wanita di bawah naungan YADIM. |
| |
 |
Menghasilkan
satu manhaj dan landasan pemikiran yang kukuh
sebagai teras perjuangan wanita dan halatujunya. |
| |
| |
|