ENGLISH | ARABIC
 
 
 
     
 
PENUBUHAN YADIM
 
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badan-badan dakwah dan membantu badan-badan ini supaya berperanan secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan kefahaman Islam supaya masyarakat Islam memainkan peranan aktif dalam proses kemajuan.

Sejak ditubuhkan YADIM mengalami perubahan dan perkembangan dasar dan pendekatan, sesuai dengan perubahan masa. Bagaimana pun tujuan dan matlamat YADIM tetap terpelihara. YADIM terus melibatkan diri dalam kegiatan dakwah mengikut keupayaannya. Dengan dunia melangkah ke abad 21 ini, sudah tibalah masanya YADIM melihat kembali peranannya dan mengkaji semula strategi dan pendekatannya. YADIM perlu memiliki wawasan baru yang sesuai dengan tuntutan zaman dan cabaran-cabaran masa kini, terutama cabaran daripada ledakan maklumat dan proses globalisasi.