Home » Langit Terbuka »  Isu pelajar Mesir: KPT hantar rombongan khas

 Isu pelajar Mesir: KPT hantar rombongan khas

 

KUALA LUMPUR 18 SEPT – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menghantar rombongan ke Mesir esok dalam usaha membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kunjungan selama empat hari itu akan disertai beberapa pegawai KPT.

“Moga usaha diberkati dan pegawai saya selamat pergi dan kembali,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebooknya hari ini.

Sementara itu, kementerian itu dalam kenyataan berkata rombongan tersebut akan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Kamel Mohamed.

“Matlamat rombongan tersebut adalah untuk mencari fakta agar gambaran penuh isu tersebut dapat diperoleh.

“Rombongan juga akan berusaha mengesahkan maklumat pelajar yang memerlukan bantuan dan universiti mereka, agar bantuan dapat diselaraskan dengan kadar sesegera yang mungkin,” menurut kenyataan itu.

Khamis lalu, media melaporkan 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar hutang yuran pengajian yang mencecah hampir RM4.5 juta secara keseluruhan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *