Home » Citra Yadim » 100 Peserta Sertai Kursus Penyembelihan

100 Peserta Sertai Kursus Penyembelihan

BALING – Seramai 100 orang peserta telah berjaya ditauliahkan dengan pengetahuan teori dan praktikal mengenai teknik penyembelihan haiwan mengikut syariah Islam dalam satu kursus yang diadakan di Baling pada 16 Mei.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang itu bertempat di tapak projek SEJATI MADANI, Kampung Padang Dan, Baling.

Kursus ini bertujuan untuk memastikan masyarakat setempat mempunyai kemahiran penyembelihan yang bukan sahaja betul dari segi teknikal, malah mematuhi sepenuhnya piawaian halal dan hukum syarak yang ditetapkan Islam.

Sepanjang kursus, para peserta telah dibimbing secara langsung oleh pakar-pakar daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Jabatan Veterinar.

Kombinasi bimbingan daripada aspek keagamaan dan teknikal kesihatan haiwan ini memberikan pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai rukun sembelihan, kebajikan haiwan, serta kebersihan proses.

Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama erat strategik antara YADIM Negeri Kedah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) Negeri Kedah, CAB Cakaran Corporation Berhad, dan Khairuns Nas Enterprise.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah YAPIEM Haji Zabidi Nasan.Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIK, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed.

Tidak ketinggalan ialah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Halal, CAB Cakaran Corporation Berhad, Dato’ Seri Dr. Md Yusup Che Teh dan

Ketua Audit Halal Dalaman, Jawatankuasa Halal, CAB Cakaran Corporation Berhad, Datuk Juhari Haron.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *