Home » Citra Yadim » 150 NGO sertai pertemuan pemimpin MAIM , NGO Islam anjuran YADIM

150 NGO sertai pertemuan pemimpin MAIM , NGO Islam anjuran YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 150 badan bukan kerajaan (NGO) menyertai program Pertemuan Pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.

Program dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad pada 28 November ini, mempunyai objektif menghimpun pimpinan atau wakil NGO yang berada di bawah YADIM dan mempertemukan pimpinan – pimpinan Islam dan Melayu daripada pelbagai kelompok, parti politik dan kepimpinan masyarakat.

Program ini dilaksanakan secara hibrid dengan sebahagian NGO menyertainya secara fizikal dan dalam talian selain turut disiarkan secara langsung dalam laman Facebook YADIM.

Yang Berhormat Senator Haji Idris memberitahu, beliau sememangnya berhasrat mengadakan pertemuan dengan rakan rakan NGO Islam di negara ini.

“Ia bagi mendengar sendiri hasrat NGO masa kini, juga bagi pihak kami ambil tindakan daripada pandangan tersebut.

“Saya sentiasa terbuka terima pandangan, agar NGO NGO Islam sentiasa berkembang
,”jelas beliau.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan agar YADIM merangka dan menyelaras inisiatif sebagai usaha memastikan konsep Keluarga Malaysia tidak ketinggalan daripada segi agama, ekonomi dan pendidikan.

Dalam pada itu Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam ucapan aluannya pula menegaskan, MAIM kini menjadi dermaga penghubung antara NGO dan pelbagai pihak.

Menurutnya, antara perkara yang akan diberi penekanan oleh MAIM ialah perpaduan kerana perpecahan ummah kini adalah isu utama yang perlu ditangani.

Selain ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) acara utama program ialah sesi sumbang saran bersama pemimpin NGO.

Dalam sesi ini, wakil wakil kluster di bawah MAIM menyuarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu semasa Islam seperti dakwah bukan Muslim, umrah dan haji, mahkamah syariah, fiqah, sosial, perubatan dan sebagainya.

Pengerusi MAIM, Ustaz Najhan Shahir Halim menjadi moderator bagi sesi sumbang saran ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *