Home » Citra Yadim » 20 keluarga memerlukan terima sumbangan SAY Kuala Langat

20 keluarga memerlukan terima sumbangan SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Pada setiap Jumaat, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak lupa untuk menyantuni anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas.

Pada 18 Februari menyaksikan seramai 20 keluarga disantuni oleh SAY Kuala langat menerusi agihan pek makanan siap dimasak.

Pengerusi SAY Kuala Langat,  Hasmawi Mahidin turun padang mewakili pasukan tersebut bersama ahli jawatankuasanya, Encik Rasid Yusof.

Program kali ini dijalankan di sekitar kawasan kampung ini dan Kampung Medan.

Mereka yang disantuni juga menerima sedikit sumbangan wang tunai.

Semoga tanda ingatan daripada SAY Kuala Langat ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *