Home » Citra Yadim » 200 botol air untuk penduduk Buluh Gading, Tepuh daripada YADIM Terengganu

200 botol air untuk penduduk Buluh Gading, Tepuh daripada YADIM Terengganu

BULUH GADING – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sehingga kini masih belum selesai menyebabkan begitu ramai pengguna terjejas.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu berusaha membantu sedikit sebanyak agar dapat meringankan beban penduduk terkesan.

Terkini pada 6 Julai, YADIM Terengganu mengagihkan sebanyak 200 botol air mineral lima liter untuk penduduk yang memerlukan.

Sebanyak 100 botol air diserahkan kepada Pusat Khidmat Ahli Dewan Unadangan negeri (ADUN) Buluh Gading sebelum 100 botol lagi diserahkan kepasa Pusat Khidmat Rakyat ADUN Tepuh.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin kepada Penyelia  Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) Dewan Undangan Negeri Buluh Gading, Mohd Fauzi Mustaffa dan Penyelia IMITS Dewan Undangan Negeri Tepuh, Mohd Ridhuan Abd Karim.

Sebelum ini pada 4 Ogos, YADIM Terengganu menyumbang sebuah pam air elekrik untuk mengepam air daripada sebuah telaga di Alor Damat, Kuala Nerus untuk kemudahan penduduk.

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *