Home » Citra Yadim » 200 kilogram ikan kembung untuk komuniti Kuala Selangor

200 kilogram ikan kembung untuk komuniti Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – KitaJagaKita. Slogan tepat untuk komuniti di sini apabila mereka saling membantu sesama mereka tanpa mengira latar belakang.

Bertempat di Parit 4 di sini pada 8 Julai, sebanyak 200 kilogram ikan kembung diagihkan kepada mereka yang memerlukan oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor.

SAY Kuala Selangor yang diketuai Pengerusinya, Asmah Husin serta lima ahli jawatankuasa dan ahlinya membantu mengedarkan ikan kembung berkenaan.

Menariknya, ikan tersebut ialah sumbangan seorang peniaga berbangsa Cina di sini yang memberi komitmen untuk memberi lagi sumbangan untuk manfaat orang ramai di sini.

Sementara itu pada 9 Julai pula, SAY Kuala Selangor mengedarkan 20 bungkus makanan bermasak kepada mereka yang memerlukan di sekitar Dewan Undangan negeri Sungai Burung.

Mereka yang dibantu adalah terdiri daripada keluarga anak anak yatim dan ibu tunggal. SAY Kuala Selangor merancang untuk mengadakan lagi aktiviti ini setiap Jumaat.

Pada 6 Julai pula mereka menyantuni sebuah keluarga mualaf di Kampung Tali Air 3 menerusi pemberian barangan keperluan dapur dan susu.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *