Mangsa kebakaran 5 rumah di Baling terima sumbangan YADIM Kedah

BALING – Mangsa kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Kampung Lalang, di sini Disember lalu telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah baru baru ini. Dalam kunjungan pada 27 Februari itu, Pemangku Pengarah YADIM Kedah, Mohd Afifi Ruslan bersama kakitangannya, telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti gula, minyak masak,teh,biskut, dan lain lain. […]

Gantung visa umrah tindakan tepat, selari hadis Rasulullah: Mufti

SHAH ALAM – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri memuji tindakan kerajaan Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai usaha pencegahan berikutan penularan Covid-19. Menurut beliau, langkah itu tepat dengan hadis Nabi Muhammah SAW yang dibacakan oleh Abd al-Rahman Auf R.A kepada Saidina Umar R A berkenaan wabak. “Isu penggantungan sementara […]

Ziarah Rahmah PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib pelbagai golongan yang memerlukan di negeri ini. Pada 27 Februari, mereka telah menyantuni seramai 10 keluarga yang memerlukan di Projek Perumahan (PPR) Rakyat Kota Bharu di sini. Diketuai oleh Yang Dipertua YADIM sendiri, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, kesemua […]

Duta Jepun puji Jais terap nilai murni SRA Integrasi

SHAH ALAM – Duta Besar Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka memuji pelaksanaan program Amal Khair Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diterapkan kepada murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Integrasi Seksyen 19 di sini. Pertama kali berkunjung ke sekolah berkenaan, Hiroshi mengakui kagum dengan program penerapan nilai murni yang wajar dicontohi sekolah lain. “Amalan baik ini […]

Keputusan SPM 2019 diumumkan 5 Mac

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac nanti. Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan dan 8,320 adalah calon […]