Ibadah Haji tahun ini ditangguh

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini (11 Jun) memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa […]

Solat Jumaat jemaah dibenar dengan kapasiti 1/3 di Wilayah Persekutuan

PETALING JAYA – Putrajaya hari ini (11 Jun) bersetuju untuk membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan berjemaah dengan kapasiti 1/3 di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula 12 Jun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau sendiri sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong […]

Perlis benar warga asing solat jemaah di masjid

KANGAR – Perlis memberi kelonggaran kepada warga asing berstatus pemastautin dalam kariah untuk bersolat jemaah di masjid. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan, berkata kebenaran itu tertakluk mengikut syarat tertentu, selain pelaksanaannya juga berkuota atau ada had. “Warga asing terbabit mestilah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sebelum ini dan jemaah istiqamah […]

Mahkamah syariah beroperasi sepenuhnya, mulai 10 Jun

KUALA LUMPUR – Semua Mahkamah Syariah di seluruh negara beroperasi semula sepenuhnya semalam (10 Jun), kata Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 8 Jun lalu. Mohd Na’im berkata, pihaknya […]

Biar pengurusan masjid tentukan: Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM – Kebenaran solat Jumaat kepada warga asing wajar diserahkan kepada pihak pengurusan surau dan masjid mengikut negeri untuk membuat pertimbangan. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bagi Pulau Pinang pihaknya tiada halangan menyerahkan kepada pengurusan masjid khususnya bagi beberapa kawasan yang dimonopoli warga asing. Bagaimanapun menurutnya, ia […]

Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid 19 SAR KSI Port Dickson

SEREMBAN – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR), Kelab Sains dan Inovasi (KSI) Port Dickson Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 8 Jun telah menyantuni keluarga Muhammad Nazarudin Roslan, 13 yang mengidap Cerebral Palsy di sini. Hadir sama dalam program Ziarah Sinar Syawal Musaádah Covid-19 ini ialah Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia (KSKM) Cawangan Negeri Sembilan […]

Indonesia akan lobi Arab Saudi dapatkan kuota haji lebih besar tahun depan

JAKARTA – Indonesia akan cuba melobi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota haji yang lebih besar pada tahun depan berikutan keputusan negara itu membatalkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi. “Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk melobi (kerajaan Arab Saudi) dengan menggunakan pelbagai alasan,” […]