PERMATANG PAUH – Program Gotong royong menyediakan serta agihan Bubur Asyura tajaan YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid Masjid Timah, Permatang Pauh serta Wanita Permatang Pauh telah diadakan pada 5 Julai.
Ia merupakan sebahagian pengisian untuk Program Simfoni Dakwah Sebarkan Salam 2026 di Permatang Pauh, yang dijayakan agensi Hal Ehwal Agama dan rakan-rakan strategik.
Program ini bagi menyemarakkan amalan bersedekah dan mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan, institusi masjid dan masyarakat setempat sempena bulan Muharam.
Sebanyak enam kawah bubur dimasak sebelum lebih 2,100 pek bubur diagihkan kepada penduduk sekitar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan juga telah hadir membantu dalam penyediaan bubur ini.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam menghidupkan amalan gotong-royong serta memperkukuh hubungan antara agensi, institusi masjid dan masyarakat.



KOMEN