Home » Langit Terbuka » 23 individu kontak rapat Zulkifli di Kelantan disahkan negatif COVID-19

23 individu kontak rapat Zulkifli di Kelantan disahkan negatif COVID-19

23 orang yang menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat di Kelantan didapati negatif Covid-19. - Foto hiasan BenarNews

KOTA BHARU – Seramai 23 individu, yang menjadi kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, disahkan negatif COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata berdasarkan maklumat awal, 60 individu dikesan sebagai kontak rapat menteri itu yang disahkan positif COVID-19 namun hanya 23 orang perlu menjalani ujian saringan selepas jabatan tersebut melakukan penilaian risiko.

Beliau berkata mereka yang menjalani ujian saringan sejak minggu lalu antaranya melibatkan orang kenamaan (VIP), urus setia dan tetamu majlis program dihadiri Zulkifli ketika berada di negeri itu pada 25 Sept lepas.

“JKNK juga akan mengendalikan ujian saringan melibatkan 10 lagi individu yang dikatakan kontak rapat Zulkifli dan dijangka dilakukan minggu depan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada 8 Oktober.

Dalam pada itu, Dr Zaini berkata seramai 45,322 individu sudah menjalani ujian saringan COVID-19 di seluruh Kelantan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Mac lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 171 individu didapati positif setakat ini dengan kes terbaharu direkodkan pada 5 Okt lalu yang melibatkan seorang lelaki berusia 30-an namun beliau bukan kontak rapat Zulkifli. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *