Home » Citra Yadim » 28 pelatih ADMY 2022 terima watikah

28 pelatih ADMY 2022 terima watikah

PUTRAJAYA – Seramai 28 pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) menerima watikah masing masing yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad di sini pada 16 Ogos.

Para pelatih siri keempat ADMY itu kini secara rasminya bakal memulakan latihan selama empat bulan di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di Hulu Langat.

Mereka merupakan pelatih yang terpilih daripada seramai hampir 300 calon pemohon untuk memasuki akademi berkenaan apabila permohonan dibuka sebelum ini.

Jumlah tersebut kemudiannya ditapis dan diuji sekali lagi oleh panel YADIM kepada 60 orang yang kemudiannya menjalani pemilihan akhir di INDAH.

Datuk Haji Idris semasa berucap menekankan kepentingan betapa para pelatih ini, yang merupakan pelapis kepada pendakwah masa kini mesti memiliki ilmu, penampilan yang baik, petah berkata kata dan menunjukkan akhlak terpuji.

Pendakwah ujarnya, seperti para Nabi dan ulama mesti turun padang mendepani masyarakat.

Beliau turut menyentuh mengenai penggunaan teknologi untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah ADMY, Kapten (B) Shamsuddin Moner, pengurusan kanan YADIM, rakan rakan penaja serta wakil wakil agensi agama Islam persekutuan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *