Home » Citra Yadim » 300 penduduk Pulau Redang terima agihan daging korban

300 penduduk Pulau Redang terima agihan daging korban

PULAU REDANG – Seramai 300 penduduk pulau ini menerima manfaat hasil agihan daging korban yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 21 Julai.

Lembu sebanyak tiga ekor yang dikorbankan bagi program ini adalah sumbangan McDonald’s Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Al-Khairi.

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin. Turut hadir ialah wakil Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Pulau Redang, Maarop Ismail bersama ahli jawatankuasa penduduk setempat yang sama-sama membantu mengagihkan daging korban.

Sementara itu pada hari yang sama YADIM Terengganu juga mengambil kesempatan menghantar sumbangan kepada seorang pemohon TeleBantuan YADIM yang merupakan seorang pengawal keselamatan di sini.

Turut diadakan ialah pelantikan seramai 10 orang ahli baharu Sukarelawan YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *