Home » Langit Terbuka » 312 mualaf masuk Islam suku pertama 2026 di Johor

312 mualaf masuk Islam suku pertama 2026 di Johor

Mohd Fared ketika berucap dalam sidang DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri – GAMBAR FB Mohd Fared Mohd Khalid

ISKANDAR PUTERI – Seramai 312 saudara baharu atau mualaf yang mendaftar untuk memeluk agama Islam direkokdan sepanjang tempoh tiga bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, masyarakat etnik Sarawak merekodkan jumlah tertinggi seramai 74 orang.

“Jumlah ini diikuti seramai 52 masyarakat orang Asli; 49 orang kaum Cina; 48 orang kaum India; 38 etnik Sabah dan 51 lagi individu lain-lain latar belakang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ramlee Bohani (BN-Kempas) berhubung apakah inisiatif atau bantuan pemerkasaan sosial terhadap golongan mualaf di negeri ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Menuruntnya, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerusi Akaun Amanah Muallaf menerima peruntukan sebanyak RM19.836 juta untuk melaksanakan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan mualaf di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah memberitahu, sehingga 30 April lalu, perbelanjaan yang digunakan berjumlah RM7.04 juta, dengan baki peruntukan berjumlah RM12.796 juta.

Jelasnya, perbelanjaan itu merangkumi bantuan kebajikan, pendidikan, bimbingan agama serta keperluan asas selaras dengan usaha memperkukuh penghayatan Islam dan kesejahteraan hidup mereka.

Mohd Fared memberitahu, antara bantuan yang diberi termasuk bantuan sekolah rendah dan menengah antara RM1,200 hingga RM1,800 hingga RM3,600 setahun; bantuan perkahwinan one-off bernilai RM1,500 dan pembubaran perkahwinan sivil sehingga RM3,000.

“JAINJ komited memastikan golongan mualaf tidak kembali ke agama asal mereka dengan melaksanakan pelbagai program sokongan moral dan bimbingan; memperkasa kelas bimbingan agama serta pemberian insentif dan saguhati,” katanya.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Arak: Kebebasan yang Meragut Nyawa

KEMALANGAN maut akibat pemandu mabuk bukan lagi isu terpencil di negara ini. Dari lebuh raya utama hingga jalan kampung, berita mengenai nyawa

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *