Home » Citra Yadim » 350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 350 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM pada 20 April.

Program yang diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) itu diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai, khususnya dari kalangan B40.

Turut menerima sumbangan ialah 44 keluarga bukan Islam di kawasan berkenaan, selaras dengan hasrat YADIM yang melaksanakan gerak kerja dakwah tanpa mengira latar belakang.

Pengarah YADIM Johor, Muhammad Ammar Abdullah berkata, antara NGO yang terlibat dalam program hari ini ialah Pertubuhan Muslim Proaktif Johor, Pertubuhan Pemacu Komuniti Pasir Gudang dan Pertubuhan Pemuda Kulai.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha badan dakwah ini menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang menerima kesan akibat Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Antara yang telah disantuni sebelum ini ialah para pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar tahfiz, asnaf dan ahli keluarga Tabligh yang positif Covid-19.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *