Home » Langit Terbuka » 3,581 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi dan Jakim setakat 10 September

3,581 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi dan Jakim setakat 10 September

Kesemua jenazah diuruskan JAKIM dan JAWI itu diuruskan dan dikebumikan 120 petugas terdiri daripada 91 petugas lelaki dan 29 petugas wanita. - Foto Harakahdaily

PUTRAJAYA   Sejumlah 3,581 jenazah Covid-19 telah diuruskan oleh Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), setakat 10 September yang membabitkan 1,979 jenazah lelaki dan 1,602 jenazah wanita.

 JAWI menerusi satu kenyataan berkata, jenazah berusia 41 hingga 60 tahun paling ramai diuruskan iaitu 1,537 jenazah diikuti 61 hingga 88 tahun paling ramai diuruskan iaitu 1,316 jenazah.

 

 

“Selain itu, bagi usia 21 hingga 40 (492 jenazah), 81 hingga 100 tahun (210 jenazah), bawah usia 20 tahun (25 jenazah) dan satu jenazah bagi berusia 101 tahun.

 

“Lokasi paling ramai meninggal dunia adalah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 1,654 jenazah diikuti Hospital Ampang (631), Pusat Perubatan Universiti Malaya (470) dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (470),” katanya.

 

Katanya, kesemua jenazah itu diuruskan dan dikebumikan 120 petugas terdiri daripada 91 petugas lelaki dan 29 petugas wanita.

 

Susulan kebenaran menziarahi kubur oleh kerajaan baru-baru ini, Jawi telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus bagi aktiviti ziarah kubur bagi mengelak kesesakan.

 

“JAWI menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus berkaitan aktiviti ziarah kubur di Wilayah Persekutuan sebagai panduan kepada waris yang datang menziarahi kubur ahli keluarga masing-masing.

 

“Ia membabitkan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) di bawah seliaan Jawi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

“Selain itu, kawalan dan penguatkuasaan SOP oleh Pengawal Keselamatan di TPIRS juga dilaksanakan pada setiap masa meliputi kawalan di pintu masuk serta kawalan, rondaan dan pemantauan di dalam kawasan TPIRS,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *