Home » Citra Yadim » 500 lampin pakai buang untuk pesakit Covid 19

500 lampin pakai buang untuk pesakit Covid 19

KOTA BHARU – Sebanyak 500 keping lampin pakai buang disumbangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di bandaraya ini.

Sumbangan pertama disampaikan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang kepada ICU Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di sini.

Ia diterima oleh Ketua Seksyen Perhubungan Awam hospital berkenaan, Nadia Haneem Zaminudddin.

Sumbangan kedua telah diserahkan kepada Unit ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Hadir menerima sumbangan adalah Timbalan Pengarah Klinikal HUSM, Prof Madya Dr Zaidi Zakaria.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *