2,600 botol air, pam berkuasa tinggi untuk mangsa gangguan bekalan air Terengganu

KUALA TERENGGANU – Dengan gangguan bekalan air di sini dan Kuala Nerus yang masih berterusan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengedarkan lebih 2,600 botol air mineral pelbagai saiz kepada penduduk terjejas bagi membantu mereka.

Inisiatif menerusi program Musaádah Bekalan Air Terengganu itu bermula sejak awal gangguan berlaku dan masih berterusan hingga kini.

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin berkata, program menyantuni rakyat itu dijayakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Terengganu yang banyak membantu mengedarkan air mineral selain memasang pam air pada dua telaga iaitu di Kampung Alor Damat dan Kampung Pengkalan Maras.

Pam berkuasa tinggi  yang disumbangkan YADIM Terengganu itu ujarnya boleh menampung kegunaan tiga (paip) sekaligus, setiap satunya bernilai RM1,200 untuk disiapkan.

“Hari ini (10 Ogos) pula, kita gerakkan 30 sukarelawan dengan  menurut SOP untuk menghantar tiga botol air mineral ke rumah rumah selain bendera Malaysia untuk mengambil semangat kemerdekaan dan surah Yassin sempena Maal Hijrah),” katanya pada majlis ringkas Musaádah Bekalan Air yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Yang Berhormat Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.

Ustaz Shaharizukirnain yang ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YADIM atas bantuan diberikan yang disifatkannya sangat bermanfaat kepada rakyat yang bukan sahaja berdepan Covid-19, malah kini mengalami gangguan bekalan air pula.

Kerajaan negeri ujar beliau berusaha meringankan beban orang ramai yang menghadapi masalah itu dengan menyediakan bekalan air memerusi tangki statik dan lain lain bentuk bantuan daripada pelbagai agensi.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *