Home » Langit Terbuka » 700 resolusi sejak 1949 tapi satu pun Israel tak dipatuh

700 resolusi sejak 1949 tapi satu pun Israel tak dipatuh

Presiden Palestin berkata, rakyat negaranya kini melihat Amerika Syarikat dengan ‘pandangan baharu’ dan bukan lagi sebagai orang tengah yang adil bagi proses damai

NEW YORK – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini, menggunakan bahasa kasar dan tegas terhadap rejim pengganas Israel dan negara pembuli, Amerika Syarikat (AS), ketika berucap pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Mahmoud memulakan ucapannya dengan menyebut ‘Baitulmaqdis bukan untuk dijual’, menerima tepukan gemuruh daripada ketua-ketua kerajaan negara lain.

Beliau kemudian mengutuk Israel sebagai negara rasis, didukung pentadbiran Donald Trump yang tidak kritis dan kedua-dua negara juga menolak untuk mematuhi perjanjian antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Undang-undang ini tidak dapat dielakkan yang membawa kepada pembentukan sebuah negara rasis, negara aparteid dan dengan itu mengetepikan penyelesaian dua negara,” katanya.

Dalam ucapan pertama di UNGA selepas AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, Mahmoud berkata, rakyat Palestin kini melihat AS dengan ‘pandangan baharu’ dan bukan lagi sebagai orang tengah yang adil bagi proses damai.

“Pentadbiran ini (Donald Trump) telah menolak semua komitmen AS sebelum ini dan merobohkan penyelesaian dua negara,” katanya.

Pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin menggesa lebih banyak negara mengiktiraf negara Palestin dan meminta PBB melaksanakan resolusi yang diluluskan terhadap Israel.

“Adalah tidak mencukupi bagi perhimpunan agung untuk meluluskan penginstitusian tanpa pelaksanaan,” katanya sambil menambah bahawa Israel tidak pernah melaksanakan walaupun satu dariada 700 resolusi yang diluluskan UNGA sejak 1949.

Mahmoud juga membangkitkan isu Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA) yang menyediakan bantuan kemanusiaan kepada lebih lima juta warga Palestin, serta berjuang untuk bertahan sejak AS menarik bantuan AS$300 juta. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *