TUMPAT – Bengkel Pengurusan Jenazah telah diadakan bertempat di Madrasah Haji Daud, Kampung Geting, Tumpat dengan penyertaan seramai 90 orang peserta pada 3 Julai.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan teori serta praktikal pengurusan jenazah mengikut tuntutan syariat Islam. Bengkel telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Kelantan, Ustaz Mohd Zawawi Awang, yang berkongsi ilmu serta pengalaman secara terperinci melalui sesi penerangan dan latihan amali.
YADIM Negeri Kelantan diwakili oleh Penolong Pegawai YADIM Kelantan, Ustaz Muhammad Rozimi Awang. Hadir sama ialah Imam Madrasah Haji Daud, Ustaz Kamaruddin Ibrahim, selaku tuan rumah yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam menguruskan jenazah dengan penuh amanah, tertib dan berlandaskan syariat Islam. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya pihak Madrasah Haji Daud, penceramah serta seluruh peserta yang hadir.



KOMEN