Home » Kenyataan Media » Abdul Rahman akan dibantu YADIM Sarawak.

Abdul Rahman akan dibantu YADIM Sarawak.

Laporan Harian Metro mengenai Abdul Rahman Abdullah pada 29 Mac 2020. - Foto Ihsan NSTP

Merujuk kepada laporan akhbar Harian Metro pada 29 Mac 2020 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559811/kami-makan-apa-sahaja-janji-perut-beralas ) bertajuk ‘Kami makan apa sahaja, janji perut beralas’, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin memberi maklum balas berhubung perkara berkenaan.

YADIM memandang serius masalah yang dihadapi oleh bekas Daie YADIM, Abdul Rahman bin Abdullah @ Dino Anak Jarabun yang terputus mata pencarian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan 18 Mac lalu.

Untuk itu, YADIM Sarawak akan mengusahakan bantuan secepat mungkin kepada beliau dan memohon agar pihak Volunteer I Care membantu untuk menyalurkan maklumat untuk menghubungi beliau yang kini dikatakan berada di Kelantan.

Abdul Rahman merupakan seorang pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan penglihatan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 15 Mac 2017 dan beliau diterima untuk berkhidmat sebagai Daie YADIM Negeri Sarawak secara KONTRAK bermula pada 1 Mei 2018 bagi tempoh 1 tahun sehingga 29 April 2019 dan ditempatkan di Daerah Song, Kapit Sarawak.

Walau bagaimanapun, pada penghujung Jun 2018, beliau memaklumkan sendiri kepada pihak YADIM menerusi perbualan telefon, menyatakan bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugas sebagai Daie YADIM memandangkan beliau telah mengalami kerosakan serius pada kedua-dua mata dan memohon untuk meletakkan jawatan yang kemudiannya berpindah bersama keluarganya ke Negeri Kelantan.

Justeru soal beliau telah ditamatkan perkhidmatan oleh YADIM adalah tidak timbul.

DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DAKWAH YADIM
31 MAC 2020

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *