Home » Citra Yadim » Aidilfitri Bersama YADIM Kelantan terima sambutan luar biasa

Aidilfitri Bersama YADIM Kelantan terima sambutan luar biasa

KOTA BHARU – LEBIH 200 hadirin memenuhi program Aidilfitri Bersama YADIM anjuran YADIM Kelantan pada 20 Mei, melebihi jangkaan awal kehadiran peserta.

Mereka terdiri daripada wakil Rakan Siswa YADIM (RSY), badan bukan kerajaan, wakil Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan, Sukarelawan YADIM (SAY) dan agensi agensi kerajaan.

Malah program turut dihadiri oleh ejen dakwah YADIM dari Gua Musang yang bertolak seawal pagi untuk hadir ke program ini.

Majlis ini bertujuan meraikan rakan rakan strategik YADIM yang banyak menyumbang kepada program YADIM di Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dalam ucapannya menegaskan hasrat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar organisasi ini benar benar menjadi sebuah badan dakwah dan menyeru agar semua entiti di dalamnya, khususnya di Kelantan agar menjadi penyebar berita baik.

Beliau turut memaklumkan tentang program program terkini badan dakwah ini di seluruh negara.

Dalam majlis yang sama, Pengerusi SAY Kelantan, Wan Ahmad Zairi Wan Ibrahim menyatakan hasrat agar hubungan erat yang terjalin antara pihaknya dengan YADIM Kelantan dan ibu pejabat berkekalan supaya kesemua dapat menyumbang kepada kominiti.

Turut diadakan dalam majlis ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada SAY di Kelantan yang sebelum ini bertungkus lumus menghidupkan program di negeri ini dan terlibat juga dengan aktiviti di negeri lain, seperti misi bantuan banjir di Pahang.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Tuan Haji Mahadi Awang dan mantan Pengerusi MAIM Negeri Kelantan, Dr Mohamad @ Zaid Hamzah

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *