Home » Citra Yadim » Aiman Tino, Khai Arba serta Sukarelawan YADIM, santuni komuniti Tanjung Dahan.

Aiman Tino, Khai Arba serta Sukarelawan YADIM, santuni komuniti Tanjung Dahan.

KUALA SUNGAI BARU – “Program menyantuni orang ramai seperti dianjurkan YADIM ini memang bermanfaat untuk semua.

“Harap ia diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Kami berbangga dan sanggup bersama YADIM untuk tujuan ini,” kata penyanyi terkemuka tanah air Aiman Tino dan penyampai radio dan berita RTM Khai Arba.

Keduanya berkata demikian pada program YADIM Peduli: Musa’adah Covid-19 di Tanjung Dahan di sini pada 2 Oktober.

Aiman dan Khai yang kini merupakan ahli Sukarelawan YADIM (SAY) menyertai badan ini menyantuni golongan yang memerlukan di sini menggunakan konsep pasar terbuka.

Sebanyak 150 ekor ayam, 150 set sayuran dan 150 set barangan keperluan harian seperti telur, beras,  bawang dan sebagainya diserahkan pada majlis ini.

Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir sama ialah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Tanjung Dahan, Datuk Hasni Yang Ghazali, Pengarah Kanan Sektor Kewangan YADIM, Kamarul Redzuan Nali, Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim  dan Pengerusi Sukarelawan Al-Basith,
Mohd Khairul Nizam Khairudin.

Selain di Melaka, konsep pasar terbuka bagi meringankan beban rakyat akan diperluaskan lagi ke banyak lagi kawasan di seluruh negara oleh YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *